Hall & Wilcox adalah sebuah firma guaman di Australia, yang mempunyai pelbagai rangkaian antarabangsa. Kami mampu membantu anda dengan menggunakan peguambela dan peguamcara yang fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Kami memahami undang-undang Malaysia, dan mempunyai pengalaman dalam memberi nasihat tentang pelaburan antarabangsa yang melibatkan klien dari Malaysia.

Hall & Wilcox mempunyai kepakaran dalam menasihati pelanggan-pelanggan kami dalam pelbagai bidang di Australia dan juga di peringkat antarabangsa.  Melalui kepakaran dan rangkaian kami, Hall & Wilcox adalah dalam kedudukan yang unik untuk memberi anda perkhidmatan yang cekap dan bermutu.

Bidang-bidang kepakaran kami dari segi guaman adalah seperti yang berikut, termasuk perkhidmatan berkenaan:

  • Penggabungan dan pengambilalihan antarabangsa
  • Projek infrastruktur
  • Kontrak bekalan dan pengederan
  • Cukai antarabangsa
  • Harta intelek, termasuk tanda dagangan, dan hak cipta;
  • Kontrak teknologi
  • Pekerjaan di Australia, termasuk imigrasi
  • Harta komersial, termasuk pembinaan
  • Penubuhan serta nasihat berkenaan dana harta
  • Pengumpulan modal
  • Perbankan dan perkhidmatan kewangan
  • Peraturan insurans
  • Peraturan pelaburan asing
  • Litigasi dan timbang tara
  • Penubuhan syarikat, termasuk
    • perkhidmatan kesetiausahaan korporat; dan
    • keperluan untuk pengarah syarikat.
  • Perancangan harta tanah, pewarisan dan pertikaian
  • Pematuhan undang-undang